Assalamualaikum. Agak lama saya tidak mengemas kini blog ini kerana kekangan waktu dan tugas. Dalam post kali ini saya kongsikan contoh strukur karangan agar para pelajar dapa menulis karangan dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu Mohd Khir Kassim kerana idea yang bagus ini.
1. ISU= Kemalangan jalan raya 2. Kehendak soalan= Faktor kemalangan jalan
raya dan langkah mengatasinya.
CONTOH AYAT-AYAT DALAM PENDAHULUAN
Bahagian/Ayat |
Struktur
|
Contoh ayat
|
|
1
|
Penyataan Isu
|
Kita tidak dapat dinafikan bahawa kes kemalanagan jalan raya
sejak akhir-akhir ini semakin meningkat khususnya pada musim perayaan.
|
|
2
|
Penjelasan isu
|
Kemalangan ini
berlaku secara tidak sengeja dan tidak
diduga.
|
|
Contoh
|
Misalnya kemalangan yang membabitkan sebuah bas syarikat
pengangkutan awam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang dingini oleh semua
pihak.
|
||
3
|
Ulasan isu
|
Namun begitu, kemalangan itu tetap berlaku dan menyebabkan
banyak nyawa yang terkorban. Hal sedemikian pastinya menyebabkan kesedihan kepada pelbagai pihak, terutamanya ibu bapa,
adik-beradik dan keluarga terdekat mangsa.
|
|
4
|
Ulasan isu
|
||
5
|
Ulasan isu
|
||
6
|
Kehendak soalan
|
Oleh sebab itu, pihak bertanggungjawab perlu mengenal pasti
punca berlakunya kemalangan ini agar langkah pencegahan dapat dilaksanakan.
|
SENARAI SEMAK STRUKTUR ISI SOKONGAN KARANGAN STPM
Bahagian/Ayat
|
Struktur
|
Contoh ayat
|
|
1
|
Ayat Judul
|
Salah satu faktor berlakunya kemalangan jalan raya ialah
kecuaian pemandu itu sendiri.
|
|
2
|
Ayat sokongan 1
|
Ada dalam kalangan pemandu yang tidak memberikan tumpuan
terhadap pemanduannya semasa berada di jalan raya. Terdapat dalam kalangan
mereka yang berbual-bual dan
menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Perkara sedemikian menyebabkan
mereka tidak dapat memberikan perhatian terhadap keadaan jalan raya, isyarat
lampu dan sebagainya ketika memandu.
Selain itu ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk, mabuk dan
sebagainya. Walhal perkara seumpama ini perlu dielakkan ketika memandu.
|
|
3
|
Ayat sokongan 1
|
||
4
|
Ayat sokongan 1
|
||
5
|
Ayat sokongan 1
|
||
6
|
Ayat sokongan 1
|
||
7
|
Kesimpulan
|
Jelaslah bahawa pemandu boleh menyebabkan kemalangan jika mereka
cuai dan tidak berhati-hati.
|
SENARAI SEMAK STRUKTUR KESIMPULAN KARANGAN STPM
Bahagian/Ayat
|
Struktur
|
Contoh ayat
|
|
1
|
Penulis menyatakan pendirian
|
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya kerap berlaku sejak
akhir-akhir ini dan merupakan punca kematian utama di negara ini.
|
|
2
|
Kesan
|
Perkara ini menyebabkan kerugian dan kesedihan kepada pelbagai pihak.
|
|
3
|
Pendapat
|
Oleh sebab itu, sudah sampai masanya semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga dan usaha untuk
mengekang perkara ini.
|
|
4
|
Penilaian
|
Selama ini segala langkah
dan peraturan yang diperkenalkan gagal membendung kejadian yang tragis
ini.
|
|
5
|
Cadangan
|
Ini bermakna sudah sampai masanya kerajaan mengambil tiindakan
yang tegas terhadap para pemandu yang cuai ini.
|
|
6
|
Harapan
|
Semoga tindakan tegas itu akan mengurangkan kematian yang
semakin meningkat setiap tahun.
|
No comments:
Post a Comment